PENGHAYAN ETIKA DAN PERADABAN
Topic 9.2 BERKONGSI MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI DAN WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA
Nama Ahli Kumpulan
1.HASFIRUL IZWAN AHMAD MOKHTAR (22DAG22F1035)
2. SHUMITHA A/P PATHMANATHAN (22DAG22F1105)
3. MOHAMAD AFZAN SHAH BIN CHE ISMAIL (22DAG22F1108)
4. NIK AZHAN BIN NIK ARIS (22DAG21F2113)
Topic 9.2.1 Matlamat pembangunan lestari (sustainable development goals)
Matlamat ini terdiri daripada 17 matlamat utama yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) dalam Perhimpunan Agung PBB pada 2015 untuk dicapai pada 2030 sebagai agenda demi pembangunan dan kemaslahatan manusia dan bumi. Matlamat ini merupakan kesinambungan daripada Matlamat Pembangunan Milenium yang berakhir pada 2015 dan sebahagian daripada Resolusi 70/1 Perhimpunan Agung PBB. (UN, 2015)
Dengan menjadikan SDG sebagai rujukan, kerajaan menyusun langkah dan mengatur pelan kelestarian negara. Antaranya pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 yang bertujuan merealisasikan Matlamat 16 dalam SDG. Selain itu, Malaysia terus mengorak langkah merealisasikan matlamat SDG menerusi Dasar Komuniti Negara, Pelan Tindakan Online Services Index (OSI) 2019-2020 dan sebagainya.
Malaysia juga merupakan antara penganjur terawal persidangan SDG di Rantau Asia Tenggara yang telah diadakan pada 6 dan 7 November 2019
Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) merupakan dasar anti rasuah yang mencerminkan harapan tinggi rakyat untuk negara bebas rasuah yang mengamalkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti.
Dasar Komuniti Negara yang telah diluluskan oleh Kabinet pada 23 November 2018 bermatlamat untuk mendaya upaya komuniti di kawasan perumahan khususnya di kawasan perumahan berstrata supaya terlibat secara aktif dalam usaha penyenggaraan dan pengurusan harta awam dan harta bersama. Dasar ini juga memberi fokus untuk membangunkan komuniti secara inklusif demi mencapai kesejahteraan hidup.
Pelan Tindakan Online Services Index (OSI) 2019-2020
Apakah Pelan Tindakan Online Services Index (OSI) 2019-2020?
Pelan Tindakan Online Services Index (OSI) adalah satu pelan tindakan yang mengariskan program pelaksanaan ICT Sektor Awam sejajar dengan laporan United Nation Survey. Pelan ini adalah rantaian daripada pelan tindakan Transformasi Kerajaan Digital yang dibangunkan pada tahun 2017 bagi meningkatkan ranking Malaysia dalam United Nation E-Government Index (UN-EGDI).
17 MATLAMAT UTAMA
1.Menamatkan kemiskinan dalam semua bentuk di mana-mana
2.Menamatkan kelaparan, mencapai jaminan makanan dan nutrisi yang lebih baik serta menggalakkan pertanian mampan.
3.Memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua dalam lapisan umur.
4.Menjamin pendidikan menyeluruh dan ekuiti serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua.
5.Mencapai kesamarataan gender dan menguatkan semua orang wanita.
6.Memastikan kecapaian dan pengurusan mampan air dan sanitasi kepada semua.
7.Menjamin capaian kepada tenaga berpatutan,dipercayai,mampan dan moden kepada semua.
8.Mempromosikan perkembangan ekonomi mampan dan menyeluruh,pekerjaan penuh dan produktif,dan pekerjaan layak kepada semua.
9.Membina infrastruktur kukuh,mempromosikan industri yang menyeluruh dan mampan dan merangsang inovasi.
10.Mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dalam dan sesame negara.
11.Menjadikan bandar dan petempatan manusia menyeluruh,selamat,kukuh dan mampan.
12.Memastikan corak penggunaan dan pengeluaran mampan.
13.Mengambil tindakan segera untuk menangani perubahan iklim serta kesannya dengan mengawal pengeluaran gas rumah hijau dan menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
14.Memulihara dan menggunakan lautan,laut dan sumber marin dengan mampan demi pembangunan mampan.
15.Memelihara,memulihara dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem darat,menguruskan hutan secara mampan,megekang penebangan hutan,menghentikan dan mengundurkan degradasi tanah,dan menghentikan kehilangan biokepelbagaian.
16.Mempromosikan masyarakat aman dan menyeluruh demi pembangunan mampan,memberikan capaian keadilan kepada semua, dan membina institusi yang berkesan,dipercayai dan menyeluruh pada semua tahap.
17.Menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan Kerjasama antarabangsa demi pembangunan mampan.
9.2.2 WAWASAN KEMAKMURAN BERSAma 2030
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) ialah rangka tindakan kerajaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tempoh 2021 hingga 2030 untuk meningkatkan pendapatan semua kumpulan etnik, terutamanya Bumiputera yang terdiri daripada golongan B40 (golongan berpendapatan rendah), miskin tegar, miskin ekonomi, mereka yang berada dalam peralihan ekonomi, Bumiputera Orang Asli, Sabah dan Sarawak, orang kurang upaya, belia, wanita, kanak-kanak dan warga emas.
Dokumen yang menggariskan matlamat sepuluh tahun umuk penstrukturan semula ekonomi ekonomi kemahiran rendah Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan, dengan rakyat menikma standard kehidupan yang baik.
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang telah dilancarkan pada 5 Oktober 2019 merupakan hala tuju baharu pembangunan negara yang jelas dan inklusif bagi tempoh 10 tahun (2021-2030), merangkumi RMK12 dan RMK13. Matlamat ini memberi fokus kepada penyediaan taraf hidup yang wajar (decent standards of living) kepada semua rakyat Malaysia menjelang tahun 2030.
Comments
Post a Comment